Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan? Ada sihat? Duit gaji sudah habes? Duit gaji saya cuma tinggal 1/10 walhal baru saja keluar 2 hari lepas. Maklum la tanggungan saya ramai, cepat sikit kadar duit dihabeskan.
Di hari semalam aku telah bercita-cita untuk menghabiskan duit di Midvalley. Beruntung sungguh pekedai-pekedai di Midvalley kerana aku ada adalah pengunjung setia Midvalley saban minggu. Beli baju, beli makanan, beli alat tulis, beli majalah atau buku, beli susu anak dan juga baju isteri semuanya di Midvalley. Oh, 2 barangan terakhir yang aku sebutkan itu adalah tipu semata-mata. Aku suka shopping secara berseorangan kerana ketiadaan kekasih hati untuk menemani dan aku tidak dapat keluar bersama housemate kerana mereka seolah-olah tidak wujud, seminggu sekali pun payah untuk melihat muka mereka.
Jam pukul 5 petang, start motor dan bergerak sambil bernyanyi-nyanyi riang kerana aku menjangkakan banyak duit yang dapat aku habiskan di petang Jumaat ini. Sampai di Midvalley, parking motor dan berjalan memasuki centre court dengan angkuh, maklum la berjalan seorang diri jadik tiada siapa yang akan menegur akan keangkuhan aku. Terus ke Jusco, carik sayur untuk si Boboi kemudian terus ke kedai pakaian. Pilih-pilih baju sambil menggoda promoter dan kemudian bayar sejumlah RM 118.
Keangkuhan aku tidak bertahan lama kerana perut sudah meminta makanan. Kenerakaan bermula bila menjejakkan kaki di tingkat bawah untuk pergi ke KFC. Mak datok, orang sikit punya ramai kat tingkat bawah. Berjalan dengan slow dan berhimpit-himpit dalam kesesakan sangat menyeksa jiwa. Aircond pon dah tak terasa, yang penuh hanya bahang. Sampai di KFC aku terus beratur di kaunter yang di jaga oleh staf yang aku kira cun. Dan di KFC lah bermulanya titik hitam:
Budak jaga kaunter (BJK): selamat petang encik, dine-in atau take-away?
Perampok: err.. take away (sambil kontrol macho)
BJK: encik nak order set atau ala-carte?
Perampok: ala-carte, emm.. bagi saya milo dengan zinger beger.
BJK: saiz milo encik nak small atau regular
Perampok: buatkan saya regular.
BJK: encik nak tambah apa-apa lagi?
Perampok: err.. bagi saya whipped cream large satu.
BJK: kurang jelas encik, boleh ulang semula?
Perampok: whipped cream large satu. (sambil kontrol suara)
BJK: maaf encik, kami tak jual whipped cream.
Perampok: eh, dah tak jual ke? yang dalam crock tu ape? (sambil menuding jari ke bekas "whipped cream")
BJK: encik, itu bukan whipped cream itu whipped potato.
Perampok: eh bukan heee.. aaa whipped potato large satu. (sambil kontrol macho walaupun diri sudah kemaluan)
Cisss! Kemaluan sunggoh aku di depan kaunter itu. Zalim sunggoh mulut ini apabila menyusahkan tuannya. Cemaner lah aku boleh bantai sebut whipped cream sedangkan tetiap minggu aku bedal whipped potato. Masa keje kat Pizza Hut dulu memang ada guna whipped cream tapi tu pon untuk letak kat eskrem. Di sebabkan aku telah mendapat kemaluan, aku ilang mood untuk menghabiskan duit. Balik rumah dan tido lagi best.