Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan. Ada baik di hujung bulan ini? Aku kurang bernasib baik. Terpaksa membeli makanan menggunakan duit syiling kerana sudah menjadi miskin, maklum la gaji masih belum keluar. Terpaksa memecahkan tabung untuk membiayai mulut (rokok) dan juga perut (makanan).
Aku baru sahaja balik dari program penyelarasan web SMKA zon utara di Penang. Penang sangat menyesakkan kepala aku. Dah la jalan kecik, banyak construction yang melampau dan udara yang berhabuk. Sakit mata dan hidung aku. Cuma pemandangan pantai-pantai di Penang menyelamatkan otak aku dari rosak teruk. Walau pun begitu guru-guru SMKA dari zon utara rokk.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan aku telah mendapat 2 orang anak saudara semalam - 27 Mac 2008. Adik perempuan aku dengan gembiranya menelefon aku semalam untuk memberitahu yang die telah selamat bersalin. Bersalin anak kembar, seorang perempuan dan seorang lelaki. Beruntung sungguh dia. Tak payah sakit-sakit beranak sampai 2 kali tapi dia akan pening di kemudian hari. Dah dapat anak kembar, belanja, masa dan juga sakit kepala yang perlu di peruntukkan untuk anak-anak itu akan menjadi kembar jua. Lampin, susu, baju, buaian dan entah apa-apa lagi semuanya perlu di kembarkan. "jadik dabal" bak kate ankel Jafa mereka. Yakinkan diri sahaja bahawa rezeki setiap anak-anak yang lahir itu telah di tentukan.


Gambar atas, di kanan si perempuan dan di kiri si lelaki. Gambar bawah, sepupu mereka yang umur nya entah berapa tahun tapi dah pandai pegang budak. Jangan di tanya nama-nama mereka. Aku memang ada masalah untuk mengingati nama-nama orang. Aku boleh ingat banyak perkara (kadang-kadang aku buat lupa juga) tapi nama orang, hehehe.. ampunlah.





