Hai, nama saya Perampok. Keje saya ialah menyetan dan menyangak. Saya menyetan dan menyangak mengikut keupayaan fizikal saya. Akan tetapi hari ini saya berasa sedikit insaf. Hujan telah turun dengan lebat serta kilat dan guruh sabung menyabung sebaik sahaja saya keluar dari rumah untuk pergi bekerja. Nak tak nak saya meredah hujan dan berjaya sampai ke tempat kerje dengan seluar yang basah dan hati yang hiba.
Sebaik sampai di tempat kerja seorang staff saya menghadapi masalah sehingga mahu resign. Setelah staff itu di kaunsel oleh rakan sekerje saya yang bernama Aizam, saya pulak mengambil alih sessi kaunsel. Saya sendiri tidak tahu apa yang saya cakapkan pada staff itu kerana dia tidak berhenti-henti menangis. Saya memang cepat hilang akal bila berhadapan dengan perempuan yang menangis. Seakan ringan sahaja tangan dan kaki saya pada ketika itu. Sambil bercakap saya melukis gambar tombak, senapang, parang, orang di tikam dan headshot kerana bende-bende itu sahaja yang ada di dalam kepala otak saya. Saya harap die paham apa yang saya cuba sampaikan.
Setelah staff itu beredar saya mahu merepair lampu-lampu yang terbakar. Tetiba seorang customer menyapa saya. Rupa-rupanya customer itu ialah rakan saya. Saya memanggil die Sod. Kali terakhir saya berjumpa dengan dia ntah bila-bila. Die datang bersama hubby dan seorang anak perempuan berumur setaun 8 bulan. Anak itu tidak nakal tetapi agak aggresif. Dia akan memukul baby-baby customer yang lain apabila berkesempatan.
Setelah kawan saya beredar saya mahu menghisap rokok akan tetapi hujan masih belum berhenti dan hati saya kembali hiba kerana teringatkan peristiwa pada Jumaat lepas. Peristiwa pada hari itu sangat menyeksa jiwa saya. Restoran saya tersangat busy pada hari itu sehingga saya rasa mahu membakar restoran kerana busy yang amat. Sudah lah busy saya terpaksa keluar dalam hujan untuk menghantar order delivery kerana rider saya yang tak kunjung tiba. Semasa menghantar order saya telah merempit bersama seorang rider McD. Hati saya berasa sedikit gembira kerana rider McD itu telah saya tinggalkan bertiang-tiang dalam sesi rempit tersebut. Sekian.
